Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum w.b.t. & Salam Sejahtera...
=====================================
“Diantara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antara kamu rasa kasih dan sayang. (Ar-Rum 21)
======================================
Alhamdulillah dengan izin dan redha Allah s.w.t, saya NUR KHAIRUNNISA BINTI SAAD & pasangan menjunjung budi dengan penuh rasa takzim menjemput sanak saudara, sahabat handai dan semua yang mengenali diri ini ke Walimatul Urus ini:
Tarikh: 10 Mac 2012 (Sabtu)
Tempat:110A Mukim B Sungai Rusa, 11010 Balik Pulau, Pulau Pinang.
Aturcara majlis: 12.00 tgh - 5.00 ptg
Menjemput semua saudara mara, guru, sahabat serta kenalan di :
1)Sek Keb Sg Rusa, Balik Pulau
2)Sek Men Al-Islah
3)SMKA AL-Mashoor (P)
4)Pusat Latihan Perda, Nibong Tebal
5)Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi
6)Universiti Malaya, Kuala Lumpur
7)Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang
8)Ikhwah & akhawat KRJ,JIM,IKRAM
9)Dan lain-lain...
Semoga dengan kehadiran semua akan memeriahkan majlis dan membawa keberkatan.
AMARAN KERAS!!! BACA sebelum scroll ke bawah
Aku tak minta apatah memaksa sesiapa untuk membaca tulisan dan coretan di blog aku ini. Segala yang tertulis dan tercoret adalah dari aku kepada aku juga untuk aku. Kalian bebas untuk menafsirkan setiap tulisan dan coretan itu tapi ketahuilah bahawa hanya aku yang mengerti hakikat sebenar di balik semuanya. Jangan mengatakan yang bukan-bukan di belakangku kerana aku tidak akan memaafkan perkara-perkara yang kalian katakan apatah lagi kiranya ia tidak benar. Andai mahu ketahui kebenaran, ayuh bertanya sendiri pada pemilik blog ini iaitu AKU. Juga AMARAN keras, tidak perlulah kalian menyinggah di blog ini sekiranya hanya ingin mengambil tahu hal diriku, mengintip-ngintip perjalanan hidupku demi untuk melihat aku jatuh dan bertujuan menjatuhkan aku. Kerana aku tetap aku yang menjadi aku dan kekal sebagai aku. Segala sesuatu adalah dari DIA MAHA KUASA, aku redha. Jika ternyata blog ini tidak memberi apa-apa faedah pada kalian, baik kiranya kalian melarikan tetikus ke button X (cancel) di atas sebelah kanan dan tekan button tersebut. Dengan itu kalian akan terpisah dari dunia coretanku. Maka ingin aku ucapkan SELAMAT TINGGAL dan tak lupa TERIMA KASIH kerana sudi mengunjunginya walaupun seketika.
Followers
13 February 2012
Bila JODOH sudah sampai
12 February 2012
Motivasi Diri
Tarikh: 11 Februari 2012
Lokasi: Taman Belia a.k.a Perbandaran Pulau Pinang
24 December 2011
04 December 2011
After UKM --> UM --> ??
?
?
?
?
29 November 2011
November 2011
28 November 2011
Musim KENDURI KENDARA
27 November 2011
DI TAHUN BARU HIJRAH
22 November 2011
d'murahkan REZEKI
Ramai daripada para sahabat saya mengeluh mengenai permasaalahan rezeki.Ada yang telah berusaha kuat tetapi masih gagal. Jawapan kepada masaalah ini masih lagi ... IMAN dan AMAL soleh.
Sebenarnya selain berusaha gigih melalui jalan2 logik untuk mendapat rezeki, ada perkara-perkara yang harus dilakukan ;-
1. Mengetahui hakikat bahawa rezeki yg Allah bagi adalah untuk kita guna pada jalannya dan bukannya untuk hawa nafsu kita.
2. Sedekah di awal pagi. Seruan Rasulullah SAW tentang sedekah. Setiap awal pagi, semasa terbit matahari, ada dua malaikat menyeru kepada manusia di bumi. Yang satu menyeru, 'Ya Tuhanku, karuniakanlah ganti kepada orang yang membelanjakan hartanya kerena Allah'. Yang satu lagi menyeru, 'Musnahkanlah orang yang menahan hartanya'.''
3. Menjaga solat lima waktu berjemaah di masjid(untuk lelaki). Hadis menyebut : “Allah akan menjaga rezeki mereka yang menjaga solatnya"
4. Menjauhi diri dari maksiat. Hadis menyebut : “Maksiat adalah punca tertolaknya rezeki"
5. Berbuat baik kepada kedua ibu bapa. Hadis menyebut : “Amalan yang paling cepat dapat balasan di dunia ialah berbuat baik kepada kedua ibubapa"
6. Menghubungkan silaturrahim-"Barang siapa yang inginkan untuk luaskan rezeki nya, serta di panjangkan umur nya, maka hendaklah ia memanjangkan silaturrahim”. (Hadith riwayat Bukhari)
7. Membaca surah waaqiah selepas maghrib. Sabda Rasulullah s.a.w. : “Barang siapa yang membaca surah Al-Waqi’ah setiap malam maka dia tidak akan tertimpa kefakiran dan kemiskinan selamanya. Dan surah Al-Waqi’ah adalah surah kekayaan, maka bacalah ia dan ajarkan kepada anak-anakmu semua.”
8. Solat isyrak dan dhuha. Hadis : "Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan"
Diharap dapat membantu.
20 November 2011
18 November 2011
IN A RELATIONSHIP WITH
Seorang WANITA/GADIS/PERAWAN yang berani meletakkan IN A RELATIONSHIP WITH kekasih bukan mahramnya itu, ia sedikit sebanyak telah HILANG SIFAT MALU dan SEGAN dalam dirinya sebagai seorang MUSLIMAH kerana ia seolah-olah seperti memberitahu kepada umum bahawa dia sekarang sedang bergelumang, bergomol dan bercouple dengann kekasihnya, seperti isytiharkan KEMAKSIATAN. Tahukah anda bahawa meletakkan IN A RELATIONSHIP WITH kekasih bukan mahram boleh menimbulkan fitnah??? Dan apabila timbulnya fitnah boleh mendatangkan dosa??? Akhir zaman ini ramai manusia yang berbangga dengan maksiat yang dilakukan oleh diri mereka sendiri...
Tahukah anda bahawa,sedangkan dalam pertunangan Nabi SAW sendiri ada mengingatkan kepada kita supaya sebaik-baiknya MERAHSIAKAN PERTUNANGAN. Inikan pula perhubungan COUPLE yang jelas HARAM tetapi hendak menunjukkan juga kepada umum yang diri itu SUDAH berstatus couple!! Kalau status pertunangan TIDAK mengapa, tetapi itu juga Nabi s.a.w menyuruh sebaik-baiknya merahsiakan pertunangan sebagaimana Sabda Nabi s.a.w:
“Rahsiakan pertunangan dan iklankan (maklumkan) tentang perkahwinan” (Hadith riwayat Ahmad dari Abdullah bin Zubair Radhiyallahu ‘anhu, dan disahihkan oleh al-Albani di dalam Irwa’ al-Ghalil)
Oleh itu janganlah berbangga dengan status IN A RELATIONSHIP WITH kekasih bukan mahram anda itu kerana yang anda akan dapat adalah DOSA yang sia-sia sahaja. Hendak selamat dan mengelak diri difitnah maka halalkan segera perhubungan anda itu dengan PERNIKAHAN supaya tidak berlaku lagi fitnah, dosa dan maksiat. Walahhua'lam.