CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

AMARAN KERAS!!! BACA sebelum scroll ke bawah

Aku tak minta apatah memaksa sesiapa untuk membaca tulisan dan coretan di blog aku ini. Segala yang tertulis dan tercoret adalah dari aku kepada aku juga untuk aku. Kalian bebas untuk menafsirkan setiap tulisan dan coretan itu tapi ketahuilah bahawa hanya aku yang mengerti hakikat sebenar di balik semuanya. Jangan mengatakan yang bukan-bukan di belakangku kerana aku tidak akan memaafkan perkara-perkara yang kalian katakan apatah lagi kiranya ia tidak benar. Andai mahu ketahui kebenaran, ayuh bertanya sendiri pada pemilik blog ini iaitu AKU. Juga AMARAN keras, tidak perlulah kalian menyinggah di blog ini sekiranya hanya ingin mengambil tahu hal diriku, mengintip-ngintip perjalanan hidupku demi untuk melihat aku jatuh dan bertujuan menjatuhkan aku. Kerana aku tetap aku yang menjadi aku dan kekal sebagai aku. Segala sesuatu adalah dari DIA MAHA KUASA, aku redha. Jika ternyata blog ini tidak memberi apa-apa faedah pada kalian, baik kiranya kalian melarikan tetikus ke button X (cancel) di atas sebelah kanan dan tekan button tersebut. Dengan itu kalian akan terpisah dari dunia coretanku. Maka ingin aku ucapkan SELAMAT TINGGAL dan tak lupa TERIMA KASIH kerana sudi mengunjunginya walaupun seketika.

Followers

21 October 2010

Jiwang denganMU


Layan perasaan dengan KAMU, tak ada salahnya kan???

*

*

*

*

*


Tuhan betapa aku malu

Atas semua yang kau beri diriku

Terlalu sering mmbuatMU kecewa

Ntah mungkinkan aku terlena

Sementara engkau beri aku kesempatan berulang kali

Agar aku kembali

Dalam fitrah ku sbagai manusia

Untuk menghambakanMU

Betapa tak ada apa-apanya

Aku dihadapanMU

Aku ingin mencintaiMU

Setulusnya

Sebenar–benarnya

Aku cinta dalam doa

Dalam ucapan

Dalam setiap langkahku

Aku ingin mdekatiMU

Selamanya

Sehina apa pun diriku

Ku berharap untuk bertemu

Denganmu……..

Ya Rabbi..

...Sendiri menyepi





Sendiri Menyepi…..

Tenggelam dalam renungan

Ada apa aku seakan kujauh dari ketenangan

perlahan kucari,

mengapa diriku hampa…

mungkin ada salah,

mungkin ku tersesat,

mungkin dan mungkin lagi

Oh Tuhan aku merasa

sendiri menyepi ….

ingin ku menangis,

menyesali diri,

mengapa terjadi

sampai kapan ku begini…..

resah…… tak bertepi….

kembalikan aku

pada cahayaMu

yang sempat menyala…..

benderang di hidupku..

Perlahan kucari,

mengapa diriku hampa…

mungkin ada salah,

mungkin ku tersesat,

mungkin dan mungkin lagi

Oh Tuhan aku merasa

sendiri menyepi ….

ingin ku menangis,

menyesali diri,

mengapa terjadi…..

sampai kapan ku begini…..

resah…… tak bertepi….

kembalikan aku

pada cahayaMu

yang sempat menyala…..

Oh Tuhan aku merasa…..

sendiri ….

Aku merasa sendiri….

sampai kapan ku begini…..

resah…… tiada bertepi…

ooooooo….

ku ingin cahyaMU

benderang di hidupku……

20 October 2010

HATI yang baru


“Carilah hatimu sewaktu membaca Al-Quran.

Jika kau tidak temuinya, carilah hatimu ketika mengerjakan solat.

Jika kau tidak ketemui, carilah hatimu ketika duduk bertafakur mengingati mati.

Jika kau masih tidak ketemuinya maka berdoalah pada ALLAH………. Pinta HATI yang baru……”


Dulu suka buat origami... chantek dan best.

Sebab hanya dengan 1 kertas,

saya boleh buat macam-macam bentuk:

ikan,

burung,

kapal,

topi,

bakul,

HATI dll.


Saya paling suka buat bentuk hati..... chantek sangat.

Slalu buat pakai duwet kertas,

ada yang 2 HATI ada juga yang satu HATI.

2 HATI lagi cahntek dan comel.

Tapi lebih mudahnya ber’HATI-HATI’ ok!!!! (^_^)




(.) N.o.k.t.a.h (.)


Lihat.... perhati dan terus perhati

Apakah anda terlihat?

Jelas... sudah jelas

Ia tidak samar lagi


Samar sila pakai kanta

Besar sudah tandanya

Kalian nampak??

Ituu.... ituu....

Koma (,)...

Bukan...bukan...

Bukan yang itu tapi satu lagi

OOOOooo noktah (.)


*

*

*

*

*


Daku mahu kalian melihat noktah (.) itu

Bukan lagi pada koma (,)

Jika sebelum ini cuma koma (,)

Tapi sekarang ia telah bernoktah (.)






*

*

*

*

*

*


Kisah ini telah ber'noktah'

Aku redha padaMU

Mohon KAU campakkan ketabahan buatku.


Aku mahu terus tersenyum.

Biarpun ia telah bernoktah.

Buat aku menguntum senyum

Walaupun dalam pahit dan kelat

Walaupun dalam sakit dan pedih

Walupun dalam luka dan perit

Hatta senyumku ini palsu dan penuh dusta

Namun, aku bisa bahagiakan mereka di kelilingku.


Jangan ada sendu

Usir lagu pilu itu

Kau kuat wahai NUR KHAIRUNNISA.


DIA tetap bersamamu

Dan tiada noktah (.)

Antara kau dan DIA.


18 October 2010

......terkini lagi


Sedang menanti ulasan proposal daripada Dr Kuppu (pensyarah method) dan Dr Halimah (bakal penyelia) untuk penulisan tesis pada semester hadapan. Moga dipermudahkan. Berdebar jugak menanti sebab dah submit dekat 2 minggu pada Dr Kuppu tapi I noe dia sangat-sangat busy. Sementara baru jaa last week bagi full proposal pada Dr Halimah and she promised to check it and give back to me this week. Very-very the tak sabar okie. (hancus bahasa kerana rojak wal gado-gado dah ni)

Masyaallah dah berada di hujung semester pun, still bersaki-baki less 2 week. Assignment masih menimbun meraih perhatian untuk disiapkan tepat pada dateline. Insyaallah, akan terus berusaha bersengkang mata siang ke malam, malam ke siang dan menggunakan kekuatan gear tahap maksima untuk melangsaikan semuanya. Hihihihihihihi.

Berdebar jua menanti *wink date…. Ahahahaha. 15 Nov 2010 tarikh keramat penentu perjalanan ilmu. Moga diluluskan. Di kedatangan Aidil Adha, turut merasa bahang final exam untuk semester ni. Bakal berhempas pulas berpeluh-peluh bermula 23 Nov – 3 Dec 2010 then sedikit masa bertafakur. Masa senggang yang ada mahu dimanfaatkan untuk lanjutan perkembangan proposal and then menulis and terus menulis. Paling busuk pun, before the next year i must done all about questioner;give to the respondent and get feedback. And at least finished chapter 1-3. So the next semester I only have 2 chapter to write….. to analysis data from questioner after coding in SPSS and to give my recommendation for that issues. Hope flying colours (rainbow) for my education… I really-really want to graduated Ogos next year (plzzzz, pray 4 me k. Luv u) because I have another plan for my future. (^_^)



23 Nov 2010 - Public Management Technique

25 Nov 2010 - Politic, Government and Development

26 Nov 2010 - Reseacrh Methodology

3 Dec 2010 - Planning Adminitration & Community


Rasa verangan mahu mendaki Broga Hill….. terberimpian lak sedang pula masih banyak kerja tak tersuda. So I nak buat keja laju-laju, after finished all my assignment, nak pegi jugak-jugak. Menikmati keindahan alam ciptaan Allah s.w.t. sambil menenang-tenangkan jiwa raga.


16 October 2010

A FRIEND IN NEED IS A FRIEND INDEED!!

SERINGKALI KITA TERTANYA-TANYA, APA BEZA SAHABAT, TEMAN, KAWAN, RAKAN, TAULAN. BEZANYA HANYA DAPAT DISELAMI DENGAN MATA HATI..

Dalam dunia ini kita tidak punya sesiapa,
Kecuali diri sendiri…..
Tetapi…Dalam kita bersendirian,kita beruntung kerana….
Mempunyai seorang sahabat yang memahami kita.
Sebagaimana kita mengharapakan keiklasan dan kejujuran
Seorang sahabat,begitulah juga dia.
Tetapi kita sering terlupa akan hal itu.

Cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita.
Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya.
Kita tidak memberi dia peluang untuk menerangkan keadaannya.
Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri.

Kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati.
Kita beri beribu alasan memaksa dia terima alasan kita.
Waktu itu, terfikirkah kita perasaannya…..?
Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa…..tetapi kita sering terlupa.

Untungnya mempunyai seorang sahabat yang sentiasa memahami
Yang selalu berada disisi pada waktu kita memerlukannya.
Dia mendengar luahan perasaan kita,segala rasa kecewa dan ketakutan.
Harapan dan impian juga kita luahkan.
Dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah.
Selalunya kita terlalu asyik menceritakan tentang diri kita hingga
Kadang-kadang kita terlupa sahabat kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita.
Pernah kah kita memberi dia peluang untuk
menceritakan tentang rasa bimbangnya,rasa takutnya?
Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita.

Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya?
Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya sepertimana dia meniup semangat setiap kali kita rasa kecewa dan menyerah kalah?
Dapatkah kita yakinkan dia yang kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah….?

Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia bersandar harapan?
Sesekali jadilah sahabat yang mendengar dari yang hanya bercerita…..
Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan sahabat…
Kerana dia juga seorang manusia,
Dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang,sedih dan kecewa.
Dia juga ada kelemahan dan memerlukan seorang sahabat…..

Sebagai kekuatan
Jadilah kita sahabatnya itu….
Kita selalu melihat dia ketawa,tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangkakan.
Di sebalik senyumannya mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan..
Di sebalik kesenangannya mungkin tersimpan seribu kekalutan…..
Kita tidak tahu….
Tetapi….jika kita cuba jadi sahabat sepertinya, mungkin kita
akan tahu…..

RENUNGILAH...

HARGAILAH SEBUAH PERSAHABATAN KERANA DISEBALIKNYA TERSIMPUL SEGALA-GALANYA


Satu-satunya cara agar kita memperolehi kasih sayang, ialah jangan menuntut agar kita dicintai, tetapi mulailah memberi kasih sayang kepada orang lain tanpa mengharapkan balasan. (Dale Carnagie)

Orang yang menunjukkan kebaikkan kepada anda adalah sahabat yang baik. Dan orang yang menunjukkan kesalahan anda adalah sahabat yang paling baik. (Hukamak)

11 October 2010

Nak jugak post gambar raya 2010



Malas nak talk banyak-banyak ni
Serabut dehh...
Maka oleh yang demikian...
Sila layan pixel jak laa

Semua adalah pixel raya 2010
Bertambah seri dengan kehadiran abang ipaq
Tak sabaq tunggu anak sedara...
Moga Allah murahkan rezeki anak buat kak long n abg long
Sila ameenkan yea...

Nie semua riang ria raya..
Tapi ni pixel my family jaa laa.
Sanak sedara len da gak tapi tunggu next entry.





Ya Rabbul Izati...


.......dalam kita melangkah terkadang kita diuji
Dan ujian yang tertimpa terasa berat sehingga kita jatuh terduduk lantas menangis.
Peritnya terasa hingga ke lubuk hati yang paling dalam.
Tapi ketahui dan renungkan kembali ke dalam diri...
Kerana mungkin airmata kita menitis....
Kerana DIA mahu kita kembali menjahit sejadah IMAN
Yang kini kian terkoyak lantaran ada langkah-langkah yang tersasar dari keIKHLASan.


Ya Allah,
Kuat dan tabahkan hatiku untuk terus melalui perjalanan hidup ini
Aku tak terdaya untuk menempuhnya seorang diri
Luaran aku tabah dan cekal
Namun segala peritnya aku pendam rasa
Sampai bila pengakhirannya???

Tidakku minta diluar kemampuanMU
Hanyaku mohon kau campakkan secebis kekuatan
Aku ingin terus kental berhati waja hingga ke akhirnya
HATI BESI jika itu mampu buat aku kuat bertahan
Tersungkur, rebah dan terbaring tidak mahu lagi.

Akan ku pacu jalan hidupku
Terus ke hadapan... mengelak segala lencongan
Aku mahu sampai ke pengakhiran dengan rasa kehambaan bertuan padaMU.

Ya Allah...... Ya Rabb......Ya Ilahi
Hanya padaMU.


08 October 2010

MENCARI CINTA!!!

Suami saya adalah serorang jurutera, saya mencintai sifatnya yang semulajadi dan saya menyukai perasaan hangat yang muncul dihati saya ketika bersandar dibahunya.3 tahun dalam masa perkenalan dan 2 tahun dalam masa pernikahan, saya harus akui, bahawa saya mulai merasa letih…lelah, alasan-alasan saya mencintainya dulu telah berubah menjadi sesuatu yang menjemukan. Saya seorang wanita yang sentimental dan benar-benar sensitif serta berperasaan halus.




Saya merindui saat-saat romantis seperti seorang anak kecil yang sentiasa mengharapkan belaian ayah dan ibunya. Tetapi, semua itu tidak pernah saya perolehi. Suami saya jauh berbeza dari yang saya harapkan. Rasa sensitifnya kurang. Dan ketidakmampuannya dalam menciptakan suasana yang romantis dalam perkahwinan kami telah mematahkan semua harapan saya terhadap cinta yang ideal. Suatu hari, saya beranikan diri untuk mengatakan keputusan saya kepadanya, bahawa saya inginkan penceraian. ”Mengapa?” Dia bertanya dengan nada terkejut.

“Siti letih, Abang tidak pernah cuba memberikan cinta yang saya inginkan.” Dia diam dan termenung sepanjang malam di depan komputernya, nampak seolah-olah sedang mengerjakan sesuatu, padahal tidak.

Kekecewaan saya semakin bertambah, seorang lelaki yang tidak dapat mengekspresikan perasaannya, apalagi yang boleh saya harapkan daripadanya? Dan akhirnya dia bertanya.

“Apa yang Abang boleh lakukan untuk mengubah fikiran Siti?” Saya merenung matanya dalam-dalam dan menjawab dengan perlahan.

“Siti ada SATU soalan, kalau Abang temui jawapannya di dalam hati Siti, Siti akan mengubah fikiran Siti; Seandainya, Siti menyukai sekuntum bunga cantik yang ada di tebing gunung dan kita berdua tahu jika Abang memanjat gunung-gunung itu, Abang akan mati. Apakah yang Abang akan lakukan untuk Siti?”

Dia termenung dan akhirnya berkata, “Abang akan memberikan jawapannya esok.” Hati saya terus gundah mendengar responnya itu.

Keesokan paginya, dia tidak ada di rumah, dan saya menenui selembar kertas dengan coretan tangannya di bawah sebiji gelas yang berisi susu hangat yang bertuliskan. ..

‘Sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untukmu, tetapi izinkan Abang untuk menjelaskan alasannya.” Kalimah pertama itu menghancurkan hati saya. Namun, saya masih terus ingin membacanya.

“Siti boleh mengetik di komputer dan selalu mengusik program di dalamnya dan akhirnya menangis di depan monitor, Abang harus memberikan jari-jari Abang supaya boleh membantu Siti untuk memperbaiki program tersebut.”

“Siti selalu lupa membawa kunci rumah ketika Siti keluar, dan Abang harus memberikan kaki Abang supaya boleh menendang pintu, dan membuka pintu untuk Siti ketika pulang.”

“Siti suka jalan-jalan di shopping Kompleks tetapi selalu tersasar dan ada ketikanya sesat di tempat-tempat baru yang Siti kunjungi, Abang harus mencari Siti dari satu lot kedai ke satu lot kedai yang lain mencarimu dan membawa Siti pulang ke rumah.”

“Siti selalu sengal-sengal badan sewaktu ‘teman baik’ Siti datang setiap bulan, dan Abang harus memberikan tangan Abang untuk memicit dan mengurut kaki Siti yang sengal itu.”

“Siti lebih suka duduk di rumah, dan Abang selalu risau Siti akan menjadi ‘pelik’. Dan Abang harus membelikan sesuatu yang dapat menghiburkan Siti di rumah atau meminjamkan lidah Abang untuk menceritakan hal-hal kelakar yang Abang alami.”

“Siti selalu menatap komputer, membaca buku dan itu tidak baik untuk kesihatan mata Siti, Abang harus menjaga mata Abang agar ketika kita tua nanti, abang dapat menolong mengguntingkan kukumu dan memandikanmu. “

“Tangan Abang akan memegang tangan Siti, membimbing menelusuri pantai, menikmati matahari pagi dan pasir yang indah. Menceritakan warna-warna bunga yang bersinar dan indah seperti cantiknya wajahmu.”

“Tetapi sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untuk mati. Kerana, Abang tidak sanggup melihat air matamu mengalir menangisi kematian Abang.”

“Sayangku, Abang tahu, ada ramai orang yang boleh mencintaimu lebih daripada Abang mencintai Siti.”

“Untuk itu sayang, jika semua yang telah diberikan oleh tangan, kaki, mata Abang tidak cukup bagi Siti. Abang tidak akan menahan diri Siti mencari tangan, kaki dan mata lain yang dapat membahagiakan Siti.”

Airmata saya jatuh ke atas tulisannya dan membuatkan tintanya menjadi kabur, tetapi saya tetap berusaha untuk terus membacanya lagi.

“Dan sekarang, Siti telah selesai membaca jawapan Abang. Jika Siti puas hati dengan semua jawapan ini, dan tetap inginkan Abang tinggal di rumah ini, tolong bukakan pintu rumah kita, Abang sekarang sedang berdiri di luar sana menunggu jawapan Siti.” “Tetapi, jika Siti tidak puas hati, sayangku…biarkan Abang masuk untuk mengemaskan barang-barang Abang, dan Abang tidak akan menyulitkan hidupmu. Percayalah, bahagia Abang bila Siti bahagia.”

Saya terpegun. Segera mata memandang pintu yang terkatup rapat. Lalu saya segera berlari membukakan pintu dan melihatnya berdiri di depan pintu dengan wajah gusar sambil tangannya memegang susu dan roti kesukaan saya.


Oh! Kini saya tahu, tidak ada orang yang pernah mencintai saya lebih dari dia mencintai saya. Itulah cinta, di saat kita merasa cinta itu telah beransur-ansur hilang dari hati kita kerana kita merasa dia tidak dapat memberikan cinta dalam ‘kewujudan’ yang kita inginkan, maka cinta itu telah hadir dalam ‘kewujudan’ yang tidak pernah kita bayangkan sebelum ini. cuba kita ambil ikhtibar dari cerita ini..:)



07 October 2010

~Nukilan UMUM, untuk sesiapa sahaja~

Akhi/Muslimin....
Jika tiba masa kita bertemu
Bersabarlah kamu dengan kekuranganku
Bersabarlah kamu dengan apa terlihat sekilas pandang
Sesungguhnya aku ini hanya seorang wanita yang biasa
Yang hanya dipandang sebelah mata (mungkin juga tidak)
Akhi/Muslimin....
Jika Allah memilihku untuk disisimu
Ku mohon...
Kamu selalu mengingatkan diriku yang lemah
Yang mungkin mengabaikan hak-hak kamu
Yang mungkin seketika lupa diri
Yang mungkin juga terabai kewajibanku padamu

Akhi/Muslimin...
Terimalah salamku ini
Jagalah dirimu dengan sebaiknya
Beriman dan bertaqwa pada Allah
Patuhi Allah dan Rasul
Jangan dibelenggu musuh-musuh Islam

Ingatlah..
Sesungguhnya Allah bersama orang yang sabar
Jika bukan takdir kita untuk bertemu
Doaku semoga Allah mempertemukanmu dengan akhawat/muslimah yang lebih baik dariku
Yang akan membahagiakan dirimu di dunia juga akhirat.

S@y@ s@y@ng f@m!ly s@y@

S@y@ s@y@ng f@m!ly s@y@