AMARAN KERAS!!! BACA sebelum scroll ke bawah
Aku tak minta apatah memaksa sesiapa untuk membaca tulisan dan coretan di blog aku ini. Segala yang tertulis dan tercoret adalah dari aku kepada aku juga untuk aku. Kalian bebas untuk menafsirkan setiap tulisan dan coretan itu tapi ketahuilah bahawa hanya aku yang mengerti hakikat sebenar di balik semuanya. Jangan mengatakan yang bukan-bukan di belakangku kerana aku tidak akan memaafkan perkara-perkara yang kalian katakan apatah lagi kiranya ia tidak benar. Andai mahu ketahui kebenaran, ayuh bertanya sendiri pada pemilik blog ini iaitu AKU. Juga AMARAN keras, tidak perlulah kalian menyinggah di blog ini sekiranya hanya ingin mengambil tahu hal diriku, mengintip-ngintip perjalanan hidupku demi untuk melihat aku jatuh dan bertujuan menjatuhkan aku. Kerana aku tetap aku yang menjadi aku dan kekal sebagai aku. Segala sesuatu adalah dari DIA MAHA KUASA, aku redha. Jika ternyata blog ini tidak memberi apa-apa faedah pada kalian, baik kiranya kalian melarikan tetikus ke button X (cancel) di atas sebelah kanan dan tekan button tersebut. Dengan itu kalian akan terpisah dari dunia coretanku. Maka ingin aku ucapkan SELAMAT TINGGAL dan tak lupa TERIMA KASIH kerana sudi mengunjunginya walaupun seketika.
Followers
10 August 2010
Jadual Harian Muslim Di Bulan Ramadan
09 August 2010
Ramadhan ke 24 buat diriku

05 August 2010
MUSLIMAH BERTUDUNG LABUH + BER'KASUT TUMIT TINGGI'
“Kamu pasti dia adalah jodoh kamu Ikhwan?”Tanya En.Aizat kepada anaknya dengan tegas.
“Ya ayah,saya pasti.Dia bukan sahaja bertudung labuh,malah seorang naqibah ayah,”Ujar Ikhwan.
“Bagus,ayah suka menantu ayah seorang yang alimah.Boleh dia jaga kamu,”kata En.Aizat sambil melihat gambar gadis pilihan hati Ikhwan.
“Eh,bukankah ini highheels….”En.Aizat mengambil kaca matanya dan menilik gambar tadi.”Pelik,budak ini bertudung labuh tetapi memakai kasut tumit tinggi…”bisik En.Aizat seorang diri.
“Dalam Islam tak salah yah,”jawab Ikhwan setelah mendengar rungutan ayahnya.
Betul ke kate Ikhwan,pompuan bley pakai highheel?Pelik benar pilihannya, betudung labuh tapi highheel.Kelihatan seolah-olah,pilihan hati Ikhwan itu walaupun seorang alimah namun masih ingin kelihatan cantik.Betul ke bende ni dengan Islam?Selari ke setentang dengan Syarak ni?
************************************************
Bertudung labuh tetapi masih ingin kelihatan cantik-Persoalan yang kerap datang di dalam diri seorang alimah atau naqibah dan kompomnya soalan ini tidak timbul bagi seorang naqib.(^^)Di dalam Islam,ulama’ mendefinisikan perkara ini sebagai TABARRUJ.Mengikut Fathul Bayan,Tabarruj boleh didefinisikan sebagai seorang wanita yang menampakkan perhiasan dan kecantikannya serta terlihat bahagian-bahagian yang wajib ditutup untuk memancing lelaki.Berkata pula Al-Bukhari bahawa tabarruj itu apabila seorang perempuan memperlihatkan kecantikan rupa parasnya.Firman Allah di dalam surah Al-Ahzab ayat 33:
Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu men
dedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang Jahiliah zaman dahulu dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya
Tabarruj ni bukan benda main-main,sebab dosanya sangat besar.Rasulullah bersabda,”wanita yg berpakaian tapi telanjang, yg melenggang-lenggok dan memiringkan kepala spt bonggol unta, di mana mereka tidak akan masuk syurga bahkan tidak bisa mencium baunya…”(Muslim dan disahkan oleh Al-Bani)Malah imam Sayuti ada meriwayatkan satu hadis daripada Abdil Baar, “mereka itu berpakaian tapi telanjang, mereka tidak akan masuk syurga dan juga tidak akan mencium bau syurga.”Lihat,dosa tabarruj cukup besar sehinggakan perempuan yang melakukannya bukan sahaja masuk syurga tapi bau syurga pun tak.Sesungguhnya bau syurga itu dapat dibau 5000tahun perjalanan.Jangan pandang ringkas 5000tahun perjalanan,hadis tu hadis umum bermakna ada kemungkinan 5000tahun perjalanan jet atau lagi jauh,5000tahun perjalanan cahaya.
So,adakah takley pakai baju kurung yang ade bunge-bunge,corak-corak,takley ke pakai highheels,takley ke pakai itu,ini?
Sesungguhnya,walaupun hukum tabarruj itu jatuh apabila pakaian itu adalah pakaian syuhrah.Ape pulak pakaian syuhrah ni?Mengikut Al-Bani,pakaian syuhrah ini bermaksud pakaian yang dipakai semata-mata untuk mendapat perhatian atau pujian,tidak kisah lah daripada golongan adam ataupun golongan hawa.Ulama’ secara ijmaknya menyatakan untuk menilai perempuan itu sedang bertabarruj atau tidak bukanlah boleh dibuat sesuka hati kerana ulama’ sudah menyatakan tabarruj itu bersesuaian dengan keadaan@uruf@adab@budaya sesuatu tempat.Sebagai contoh, di Makkah pakaian yang bewarna selaian hitam sudah dikira sebagai tabarruj tetapi tidak di Sudan kerana sudah menjadi kebiasaan wanita-wanita Sudan memakai pakaian yang bewarna sehingga lelaki menjadi biasa
melihatnya. Jadi,pemakaian baju kurung yang berbunga-bunga,bercorak-corak di Malaysia adalah dibenarkan kerana sudah menjadi budaya muslimah di Malaysia memakai baju kurung yang sedemikian.Namun,kalau corak itu melampau hal itu dikira tabarruj,ye la,kalau dah pakai corak yang bersinar-sinar,letak manik besar-besar,tak dikira mnarik perhatian?
Islam itu adalah agama fitrah,jadi Islam memahami sifat wanita yang ingin sentiasa kelihatan cantik.Malah nabi ada bersabda, “Allah itu cantik dan sukakan kecantikan,” dan nabi juga ada bersabda, “dunia itu adalah perhiasan dan seindah-indah hiasan adalah wanita solehah.”Jadi tidak salah untuk seseorang itu ingin kelihatan cantik tetapi wajiblah ke atasnya memenuhi tuntuan syarak.Tuntutan yang bagaimana?
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya;[An-Noor:31]
Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu dan pakaian perhiasan dan pakaian yang berupa takwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmatNya kepada hamba-hambaNya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur).[Al-A'raf:26]
Diriwayatkan oleh Al-Hakim bahawa nabi bersabda, “malu dan iman itu berkaitan, manakala salah satunya hilang, maka hilanglah pulak yg lagi satu.” Pakailah apa-apa pakaian yang cik adik ske tapi pastikan ia menutup aurat dan tidak menarik perhatian cik-cik buaya di luar sana.Bab perhiasan pula? Daripada dalil di atas,Surah An-Noor ayat 31, “…memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya..”,ulama’ mentafsirkan bahawa apa-apa perhiasan boleh dipakai dan ditunjuk,asalkan ia zahir( tidak perlu diselak-selak) seperti gelang tangan dan
cincin.Tidak kisah,kalau satu tempat itu menjadikan kopiah sebagai hiasan bagi wanita,terpulang kepada wanita itu untuk memakainya atau tidak asalkan perhiasan itu menutup aurat,tidak menunjuk dan tidak meniru perbuatan agama lain.Dalam ayat yang sama,Allah telah tekankan bahawa, “janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.”Maksudnya,bukanlah haram memakai gelang kaki berloceng tetapi haram untuk seorang itu menunjuk-nunjukkan perhiasannya yang tersembunyi.Bab gelang kaki berloceng lak,ada ulama yang benarkan disebabkan ayat tadi menekankan perkataan ‘menghentakkan kaki’,jika pakai gelang kaki tapi wat macam biasa je,ok je.Namun,ada juga ulama yang tidak membenarkannya.
Pakai kosmetik pulak macamana?Boleh,wanita boleh memakai kosmetik yang halal untuk menjaga kencantikan paras wajahnya tetapi niat mestilah betul. Niat untuk menjaga kecantikannya demi suami@bakal suami boleh tapi kalau niat untuk dapat pujian atau supaya menjadi kegilaan ramai,tu haram. Istilah yang paling sesuai dengannya , ‘SELL SEX’.Rasulullah ada bersabda tentang 6 kewajipan seorang isteri,tapi ana lupa bunyi hadisnya cuma yang ana ingat, wanita wajib menjaga rupa paras dan tubuh badannya untuk suami.Tengok, Rasulullah mewajibkan wanita menjaga rupa parasnya untuk suami,tapi kalo tengok makcik-makcik skang,fail…sebelum kahwin,sume kosmetik dipakainya tapi selepas kahwin,muka bedak putih berbaju kelawar..fail…hahahhaha
Syeikh Al-Bani berkata, “Islam telah bersikap keras dalam memperingatkan ummatnya dari perbuatan tabarruj ini hingga menggandingkannya dengan kesyirikan, zina, mencuri dan perbuatan haram lainnya. Itu terjadi ketika Nabi membai`at para wanita agar mereka tidak melakukan hal-hal itu. Abdullah bin `Amr radhiyallahu`anhu berkata: Umaimah binti Ruqaiqah datang kepada Rasulullah untuk berbai`at kepada baginda, maka baginda berkata:
“Saya akan membai’atmu untuk engkau tidak menyekutukan Allah dengan sesuatu apa pun, jangan engkau mencuri, berzina, membunuh anakmu, melakukan kebohongan yang engkau buat antara hadapanmu dan antara dua kakimu, jangan meratap dan jangan bertabarrujnya jahiliyyah dahulu.”
Jika ada yang katakan kepada anda bahawa pakai pakaian bewarna ini tabarruj,jawabla bahawa isteri-isteri nabi juga memakai pakaian yang bewarna.Ramai sahabat melihat pakaian isteri-isteri nabi dicelup ushfur(merah muda).Malah suatu ketika Rasulullah ada menerima hadiah berupa kain yang bewarna merah.Maka Rasulullah bertanya kepada para sahabat, “kepada siapa harus ku pakaikan kain ini.”Lalu Rasulullah memanggil Ummi Khalid dan memakaikan kain itu kepadanya.Walaupun ketika itu Ummi Khalid masih kecil tapi sudah menjadi perangai Rasulullah tidak mengajar sesuatu yang haram kepada orang lain walaupun dia masih kecil.Melalui tindakan Rasulullah ini,dapatlah kita simpulkan bahawa wanita dibenarkan memakai pakaian bewarna tetapi pakaian itu haruslah tidak menarik perhatian lelaki.
So,macamana pilihan Ikhwan tadi,ok tak?Tepuk dada tanyalah iman kerana anda yang tentukan.Kayu ukurnya cukup jelas,jika anda melakukan sesuatu itu untuk menarik perhatian lelaki,maka anda sudah bertabarruj dan anda adalah calon ahli neraka!Begitu juga kalau pakaian itu sudah jelas kalau anda memakainya ia dapat menarik perhatian lelaki,itu juga tabarruj.Ingatlah hadis tadi, “Iman dan Malu itu adalah berpasangan,hilang salah satunya maka hilang lah yang satu lagi.” Pakailah apa-apa yang anda suka asalkan ia mematuhi hukum syarak dan ingatlah,wanita yang bertabarruj,FINNAR!!
Wallahua’lam.
* rujukan azzariyat.com
Dan aku sendiri....... masih mahu kelihatan cantik. Bukan mahu menambat hati mana-mana lelaki tapi kepuasan diri, rasa yakin diri, rasa kemas etc. Aku yakini aku masih tidak melanggar batas-batas agama, aku tahu syariat, insyaallah aku turuti. Aku belum sempurna... masih mencuba untuk menjadi solehah. Ampuni dosa aku YA ALLAH, SEMOGA AKU MENJADI HAMBAMU YANG SENTIASA DALAM PELIHARAAN LIMPAH RAHMATMU.
02 August 2010
Buat SI DIA yang aku nanti
Tolong sampaikan pada si dia, aku ada pesanan buatnya..Tolong beritahu si dia, cinta agung adalah cintaNya..Tolong beritahu si dia, cinta manusia hanya akan membuatnya alpa..Tolong nasihati si dia, jgn menyintaiku lbh dr dia menyintai Allah Hu Ya Waduud( Maha Menyinta-Mengasihi)Tolong nasihati si dia, jgn mengingatiku lbh dr dia mengingati Allah Hu Ya Latiff (Maha Lembut)Tolong nasihati si dia, jgn mendoakanku lbh dr dia mendoakan ibu bapanya..Tolong katakan pada si dia, dahulukan Allah krn di situ ada syurgaNya..Tolong katakan pada si dia, dahulukan ibu bapanya krn di telapak kakinya ada syurgaNya..Tolong ingatkan si dia, aku terpikat kerana imannya bukan rupa..Tolong ingatkan si dia, aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta..Tolong ingatkan si dia, aku mengasihinya karena akhaqnya..Tolong tegur si dia, bila dia mulai mengagungkan cinta manusia..Tolong tegur si dia, bila dia tenggelam dalam angan-angannya..Tolong tegur si dia, andai nafsu membuai fikirannya..Tolong sedarkan si dia, aku milik Allah Hu Ya Khaliq ( Maha Mencipta)Tolong sedarkan si dia, aku masih milik keluarga..Tolong sedarkan si dia,tanggung jawabnya besar kepada keluarganya..Tolong sabarkan si dia, usah ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana..Tolong sabarkan si dia, andai diri ini enggan didekati karena menjaga batasan cinta..Tolong sabarkan si dia, bila jarak memisahkan hingga mejadi penyebab tumbuhnya kerinduannya..Tolong pesankan padanya, aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya..Tolong pesankan padanya, aku tak mahu menjadi penyebab kegagalannya..Tolong pesankan padanya, hanya doa yang mampu kupanjatkan biarkan Allah Hu Ya Muhaimin (Maha Memelihara) menjaga dirinya..Tolong khabarkan pada si dia, aku tidak mahu mengecewakan dia..Tolong khabarkan pada si dia, aku mahu dia berhasil dalam impian dan cita-citanya..Tolong khabarkan pada si dia, jadilah pendorong semangatku dalam berikhtiar dan berusaha..Tolong sampaikan pada si dia, aku mendambakan cinta suci yang terjaga..Tolong sampaikan pada si dia, cinta kerana Allah tidak ternilai harganya..Tolong sampaikan pada si dia, hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Allah Hu Ya Karim (Maha Mulia)..Tolong sampaikan kepada si dia kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri...Hanya engkau Ya Allah mengetahui siapa si dia..Semoga pesananku sampai padanya walau aku sendiri tidak mengetahui siapa dan dimana si dia..Semoga dia ibarat seekor lebah yang sentiasa memuji keagunganMu Ya Allah Hu Ya Kabir(Maha Besar)
01 August 2010
SEDAR WAHAI DIRI!!!
Kalau antuna merasa kecewa, sakit atau lelah maka rasakanlah itu benar-benar, karena bila tidak merasa sakit atau tidak merasa sulit maka dapat dipastikan bahwa antuna berada pada jalan yang salah
Sudah pernahkah antuna terluka? Pernahkah mengorbankan setitis darah? Kalau belum, kenapa sudah bangga dengan predikat aktivis dakwah. Padahal kita belum melakukan apa-apa. mengaku jihad, mengaku ingin mati syahid tapi kecewa atau sakit hati sedikit saja sudah mengeluh.
Mengaku aktivis dakwah tapi maksiat jalan terus. Mengaku rajin syuro untuk menyusun strategi dakwah, tapi ternyata niat semata-mata untuk bertemu dengan akhwat atau ikhwan idaman.
Kalu antuna merasa jalan dakwah ini panjang, sulit dan sakit maka bersabarlah. Teruslah berjalan meski tertatih.
Kalau antuna jalan pulang dan antum rindu untuk pulang maka tahanlah rindu itu, rindu untuk memeluk ibu atau ingin melihat senyum ayah, rindu melihat wajah adik dan kakak yang ceria. sesungguhnya tempat berkumpul dan kampung halaman paling indah adalah surga (amin…)
-Insyaallah sama-sama kita kuatkan walaupun diri masih ada kekurangan..
Bukan mudah bagai di kata.Jihad melawan keinginan sendiri adalah perkara yang paling sukar untuk kita lakukan.Tapi dengan adanya zuhud,tawakal,redha,dll dlm elemen tasawwuf akan membuatkan kita kuat untuk melawan nafsu yang sememangnya degil dan susah ditundukkan. Semoga ramadhan boleh mentarbiyyah kita melawan nafsu dengan cara mengecilkan rongga2 nafsu.Ramadhan kareem.
31 July 2010
Sepupu sepapat sendiri pun tak kenai


25 July 2010
Catatan di bilik kuliah
Mungkin ada hati yang terluka
Mungkin juga berbunga ceria

Hari ini dan semalam
Bertandang rintik hujan
Bertamu juga pelangi ceria

Hari ini dan semalam
Berlalu sebagai kenangan
Pergi mengukir nostalgia
Hari ini dan semalam
Telah pasti kisahnya
Tidak bisa ditukar ulang
Hari ini dan semalam ..............
telah tiada lagi
Esok pasti ada!!!
Tersenyumlah..... (^_^)
Nukilan,
7.23 malam (22 Julai 2010, Khamis) [Bilik BSP-1-1, Fakulti Ekonomi&Pentadbiran, UM]
19 July 2010
Entry panjang CUTI SEMESTER
Menulis bukan kerana nama
Bukan kerana individu
Bukan kerana apa-apa
Cuma kerana JIWA
Ya JIWA....
JIWA yang punya rasa....
Oppss....dah termelalut puitis pulok
Apa yang cheq buat tyme cuti skolah
Erkkk, bukan...bukan laa
Cuti semester la labu....
Semak senarai panjang kerana cheq orang buzy
1) Sebulan yang pertama kerja suka suki
~KEM PLKN WHITE RESORT, BALIK PULAU
~ Penat bekerja dengan gaji ciput
~ But pengalaman yang berharga
2) Bulan yang kedua jadik gadis solehah
~ Mengasuh budak (budak ibu ngasuh)
~ Kemas umah n kerja-kerja wanita tulen
~ Care bout my grandma yang uzur
3) Berjalan-jalan melihat alam bersama family tercinta
~ Jalan-jalan cari makan *laksa pilihan utama, ias kacang, cendol dll
~ Bersoping moping di Wan Kelian, Ijtima' Tabligh, Padang Besaq
~ Pusing Penang lagik dan lagik



4) Outing ngan kengkawan
~ Reunion ngan skoolmate zaman kanak-kanak rebina
~ BBQ bersama-sama~ Buka citer nakal n buaih sambil gelak ketawa


5) Melantak durian
~ Ayah bagi jangkitan kat anak dia
~ Tiap-tiap hari sepanjang sebulan tu makan durian jaa tak kira pagi petang siang malam
~ Masuk kebun kutip durian~ Nyumm....nyummm........ pulut durian
~ Kak Long n Abg Ipaq balik kampung kutip durian


6) Program adik-beradik~ Pecutan KELISA bersama younger bro
~Angkut durian penuh KELISA
~ Turun KL ke Pelancaran IKRAM
~ Bermalam di umah our elder sis
~ Habiskan masa bersama adik-beradik
Apa lagi???Lagi.........lagi........???????????Banyak tak terkata.... ohohohohhohooh
Alhamdulillah atas nikmat rasa yang tak terhingga
Juga nikmat bahagia dan segala nikmat yang KAU kurniakan kepadaku
Aku mahu jadi hambaMU yang bersyukur.
--.>>Belum cukop corrum
Supp3r Dupp3r Gath3r!ng
10 Julai 2010 (Sabtu)
Pasir Panjang, Pulau Betong


Bertudung labuh tetapi masih ingin kelihatan cantik-Persoalan yang kerap datang di dalam diri seorang alimah atau naqibah dan kompomnya soalan ini tidak timbul bagi seorang naqib.(^^)Di dalam Islam,ulama’ mendefinisikan perkara ini sebagai TABARRUJ.Mengikut Fathul Bayan,Tabarruj boleh didefinisikan sebagai seorang wanita yang menampakkan perhiasan dan kecantikannya serta terlihat bahagian-bahagian yang wajib ditutup untuk memancing lelaki.Berkata pula Al-Bukhari bahawa tabarruj itu apabila seorang perempuan memperlihatkan kecantikan rupa parasnya.Firman Allah di dalam surah Al-Ahzab ayat 33:

