CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

AMARAN KERAS!!! BACA sebelum scroll ke bawah

Aku tak minta apatah memaksa sesiapa untuk membaca tulisan dan coretan di blog aku ini. Segala yang tertulis dan tercoret adalah dari aku kepada aku juga untuk aku. Kalian bebas untuk menafsirkan setiap tulisan dan coretan itu tapi ketahuilah bahawa hanya aku yang mengerti hakikat sebenar di balik semuanya. Jangan mengatakan yang bukan-bukan di belakangku kerana aku tidak akan memaafkan perkara-perkara yang kalian katakan apatah lagi kiranya ia tidak benar. Andai mahu ketahui kebenaran, ayuh bertanya sendiri pada pemilik blog ini iaitu AKU. Juga AMARAN keras, tidak perlulah kalian menyinggah di blog ini sekiranya hanya ingin mengambil tahu hal diriku, mengintip-ngintip perjalanan hidupku demi untuk melihat aku jatuh dan bertujuan menjatuhkan aku. Kerana aku tetap aku yang menjadi aku dan kekal sebagai aku. Segala sesuatu adalah dari DIA MAHA KUASA, aku redha. Jika ternyata blog ini tidak memberi apa-apa faedah pada kalian, baik kiranya kalian melarikan tetikus ke button X (cancel) di atas sebelah kanan dan tekan button tersebut. Dengan itu kalian akan terpisah dari dunia coretanku. Maka ingin aku ucapkan SELAMAT TINGGAL dan tak lupa TERIMA KASIH kerana sudi mengunjunginya walaupun seketika.

Followers

07 July 2010

Tip-tip temuduga pekerjaan

(1) PRACTICE
Practice answering interview questions and practice your responses to the typical job interview questions and answers most employers ask. Think of actual examples you can use to describe your skills. Providing evidence of your successes is a great way to promote your candidacy.

(2) PREPARE

Prepare a response so you are ready for the question "What do you know about our company. Know the interviewer's name and use it during the job interview. If you're not sure of the name, call and ask prior to the interview. Try to relate what you know about the company when answering questions.


(3) GET READY
Make sure your interview attire is neat, tidy and appropriate for the type of firm you are interviewing with. Bring a nice portfolio with copies of your resume. Include a pen and paper for note taking.


(4) BE ON TIME
Be on time for the interview. On time means five to ten minutes early. If need be, take some time to drive to the office ahead of time so you know exactly where you are going and how long it will take to get there.


(5) CALM DOWN
During the job interview try to relax and stay as calm possible. Take a moment to regroup. Maintain eye contact with the interviewer. Listen to the entire question before you answer and pay attention - you will be embarrassed if you forget the question!


(6) SHOW WHAT YOU KNOW
Try to relate what you know about the company when answering questions. When discussing your career accomplishments match them to what the company is looking for.


(7) FOLLOW UP
Follow Up, Always follow-up with a thank you note reiterating your interest in the position. If you interview with multiple people send each one a thank you note.



06 July 2010

S!mpL3 Gath3r!ng

Pertama kali seumur hidup..
Hampir 12 tahun tak berjumpa walaupun ada yang 1 kampung
Da jugak yang kampung jiran...
Tapi ini hakikatnya... tak pernah bertegur sapa

Akhirnya...........
Dapat jugak kumpul
Walaupun tak ramai tapi bermakna laa..
Mengimbas & mengimbau kenakalan zaman riang kanak-kanak
Segala cerita lucu.... sedih, ketawa dan air mata.

Kini...segalanya hanya tinggal kenangan..
Masing-masing menjalani kehidupan sendiri...
Makin dewasa..... banyak yang berubah
Fizikal...mental dan segalanya..


Doaku hanya 1.....
Moga kita akan terus berhubungan
Juga semuanya diberkati hidup di dunia n akhirat.
Ameen Ya Rabb Al-Amin...

GURAUAN HUKUM & MAKSIAT SAMBIL BERTUDUNG, LEBIH BESAR DOSA


"Tak pe ustaz kan, pandangan pertama tak berdosakan, cuma kami pandang lama je la ?" tanya seorang pemuda berumur 35 tahun kepada saya sambil tersenyum-senyum selepas dia merenung wanita berskirt di hadapannya.

Ia adalah satu perkara yang amat menyedihkan, ia sebenarnya hasil dari sikap sebahagian umat Islam hari ini mengambil ringan tentang hukum Islam. Ia menjadi lebih bahaya apabila disebabkan kejahilannya menjadikan hukum sebagai bahan gurauan.

Berkenaan larangan melihat kali kedua kepada aurat ini diriwayat dalam beberapa buah hadith, antaranya hadith :

"Dari Jarir bin Abdullah, ia berkata: Saya bertanya kepada Rasulullah s.a. w. tentang melihat (aurat wanita) secara tiba-tiba tanpa sengaja. Maka jawab Nabi: Palingkanlah pandanganmu itu!" (Riwayat Ahmad, Muslim, Abu Daud dan Tarmizi) - Iaitu, Jangan kamu ulangi melihat untuk kedua kalinya.

Demikian juga kata Baginda SAW kepada Ali KW :

Ertinya : "Jangan kamu ikuti satu pandangan dengan pandangan yang lain, kerana yang pertama bagimu ( diampunkan) dan tidak bagi yang kedua" ( Riwayat Ahmad, Abu Daud, Albani : Hasan)


ARTIS & LAWAK HUKUM

Lebih teruk lagi terdapat artis Malaysia yang sanggup menggunakan lafaz-lafaz Islam seperti ‘MashaAllah' dan ‘InshaAllah' serta ‘Allahu Akbar' dalam lakonan lawak mereka sambil sengaja disebut dalam bentuk yang melucukan. Ini amat jelas memperlawakkan lafaz mulia Islam, ia amat kerap dilakukan oleh satu kumpulan pelawak Malaysia yang terkenal. Moga mereka diberikan hidayah oleh Allah SWT.

Demikian juga dengan ucapan alhamdulillah bagi seorang artis yang berpakaian separuh bogel dikhalayak umum apabila berjaya meraih sesuatu anugerah di media. Atas nama seni dirasakan tindakannya halal. Pada hakikatnya jika lakonannya itu penuh dengan adegan ‘peluk sana sini' dan ‘dedah sana sini', maka di ketika itu ia bukanlah lagi sebuah seni mulia yang diiktiraf Islam. Ia adalah seni ‘fasad' yang berdosa dan tidak layak diraikan dengan ungkapan mulia Islam.

Ketika itu, kemenangan mereka di atas pentas dan melafazkan ucapan sedemikian adalah satu bentuk mempermainkan hukum dan lafaz Islam di tempat yang tidak sewajarnya. Seolah-olah seorang yang ingin merompak membaca 'Bismilah' ketika memulakan rompakannya dan mengucapkan ‘Alhamdulillah' apabila berjaya terlepas dari kejaran polis, atau menyebut ‘Alhamdulillah' di dalam tandas, atau seperti seorang peminum arak mengucapkan "alhamdulillah" apabila menyelesaikan minumannya.

Menurut kaedahnya, semua ini menambahkan lagi dosa si pelaku terbabit disebabkan wujud unsur penghinaan samada secara langsung atau tidak langsung kepada hukum serta lafaz mulia Islam. Walaupun mereka tidak langsung berniat untuk menghina lafaz mulia itu.

Apabila ia adalah sebuah hukum atau ucapan zikrullah, maka adalah tidak harus sama sekali sesiapa juga mempermainkan atau menyebutnya di tempat yang tidak sewajarnya. Nabi SAW bersabda :-

Ertinya : " Sesungguhnya seorang hamba yang bercakap sesuatu kalimah atau ayat tanpa mengetahui implikasi dan hukum percakapannya, maka kalimah itu boleh mencampakkannya di dalam Neraka sejauh antara timur dan barat" ( Riwayat Al-Bukhari dengan Fathul Bari, Bab Hifdz Lisan, 11/376 , no 6477)

Imam Ibn Hajar Al-Asqolani menegaskan bahawa erti hadith ini adalah seorang yang bercakap tanpa jelas maksud ayatnya sehingga menjadikan ia boleh membawa maksud yang pelbagai sehingga sebahagiannya boleh mencarikkan sesuatu hukum. (Fath Al-Bari, 11/376)


HINA ISLAM, BERTUDUNG & MAKSIAT

"Amat memalukan la ustaz, saya baru jumpa satu video yang tunjukkan pasangan melayu ditangkap di tasik-tasik dan tempat awam tengah bercumbuan, apa pandangan ustaz, hampir 95 % darinya bertudung jenis tak sempurna tu ustaz, ustaz tau tak?" tanya seorang pendengar kuliah saya sejurus selepas kuliah saya berkenaan aurat.

Kemudian selang beberapa hari, pemuda ini menghantar email kepada saya beserta satu petikan video yang dimaksudkan. La Hawla Wala Quwwata Illa Billah..wa Inna lillahi wa inna ilaihi rajiun..memang amat mendukacitakan.

Pemuda itu juga menulis seperti 'kepeningan' dan 'kebingungan' dengan persekitaran ini dengan katanya

"Boleh tak agaknya saya buat kesimpulan bahawa hampir semua wanita yang bertudung pendek atau fesyen, dengan kain belah atau baju sempit atau baju kurung biasa, semua ni jenis yang 'murah' dan boleh diajak seks bebas dengan mudah hari ni, apa pandangan ustaz?" Mengurut dada saya mendengar kesimpulan pemuda berpakaian kemas dan bekerjaya profesional ini. Sudah tentu amat marah para wanita dengan kesimpulan si pemuda ini.

"Saya hanya masih percaya dengan wanita yang berjubah dan bertudung labuh sahaja sekarang ini ustaz, harapnya mereka dapat pertahan maruah dan kesucian mereka serta tak jadi macam si pemakai tudung pendek yang terbukti tiada banyak beza dengan free hair" katanya lagi dengan tegas.

Selepas pemuda ini mengutarakan pendiriannya barulah saya memberikan penjelasan panjang lebar. Bagaimanapun saya belum berhasrat menyebutnya di ruangan ini, cukuplah saya dedahkan betapa kecewanya pemuda profesional ini dengan apa yang berlaku di hadapan matanya.


KESIMPULAN

Kesimpulannya, wahai wanita bertudung kembalikan maruah anda dengan tutupan aurat yang sebenarnya, akhlak wanita Islam yang sebenarnya, janganlah merosakkan imej Islam itu dengan maksiat yang amat dimurkai Allah SWT. Sesungguhnya kenikmatan duniawi amat amat sementara, carilah kenikmatan akhirat yang kekal abadi.

Dari sudut hukum pula, hal wanita bertudung yang melakukan maksiat, dosanya sudah tentu lebih hebat dari wanita lain. Namun INI TIDAK SAMA SEKALI BERMAKNA WANITA ITU LEBIH BAIK MELAKUKAN MAKSIAT DENGAN MEMBUKA TUDUNG, KERANA MEMBUKA TUDUNG ITU SENDIRI ADALAH SATU DOSA BESAR YANG BERASINGAN DENGAN MAKSIAT YANG DILAKUKANNYA. Hal gandaan dosa ini boleh difahami dari ayat seperti :-

Ertinya : Wahai isteri-isteri Nabi, barangsiapa di antaramu yang melakukan maksiat dengan jelas, maka di gandakan azab buatmu dua kali ganda" ( Al-Ahzab : 59 )

Memang benar ayat ini ditujukan khas buat isteri-isteri Nabi SAW disebabkan kemulian dan kedudukan mereka yang sangat mulia, bagaimanapun ayat ini sebenarnya menggariskan bahawa setiap kali bergandanya kemuliaan, maka bergandalah dosanya (jika melakukan maksiat), demikian hukuman ke atas wanita bebas lebih berat dari wanita hamba sahaya di zaman silam. Dikatakan sebabnya adalah kerana bertambahnya mudarat dan penghinaan kepada Nabi SAW (Al-Jami' Li Ahkam AL-Quran ; AL-Qurtubi, 14/ 114 dengan sedikit pindaan )

Demikian jualah bagi wanita bertudung yang telah menaik tarafkan kedudukannya dengan kemuliaan Islam, tetapi kemudiannya melakukan maksiat. Maka jika bersandarkan kaedah di atas, jelaslah dosa mereka bertambah besar kerana maksiat itu sendiri dan merosakkan imej Islam secara jelas. Bertawbatlah. Demikian juga halnya maksiat (termasuk pelaburan internet yang disepakati haram secara sepakat ulama dunia dan Malaysia) yang dilakukan oleh seorang ustaz yang jauh lebih besar dosanya dari dosa oleh lelaki biasa di sebabkan imej dan kedudukan yang dibawanya.

Fikir-fikirkan dengan iman wahai sahabat sekalian.

Sekian,
Perkongsian dari,

Ust Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin.net


لا تتبع النظرة النظرة , فإنما لك الأولى وليست لك الآخرة ان العبد ليتكلم بالكلمة ما يتبين فيها يزلّ بها إلى النار أبعد مما بين المشرق والمغرب ينساء النبي لستنّ من يأت منكنّ بفاحشة مبينة يضاعف لها العذاب ضعفين



05 July 2010

HATI....hati

Akue sedar siapa aku
Aku hanya pinjam kamo
Masih tidak pasti berapa lama dapat pinjam kamo
Mungkin sampai hari ini sahaja... itu juga belum pasti

Cumaa..... aku minta kamo kental
Kamo kuat untuk aku
Kamo mesti cekal


Jika TIDAK
Aku bisa lemah
Aku bisa kecundang
Rebah tersungkur di perjalanan


...........................rasa itu ada................................


27 June 2010

Simptom pelik sedang melanda




K3mbali menj3ngah dunia NOV3L
Dunia yang agak lama ditinggalkan
Kerana tidak lagi merasa 'manis'nya
Menyedari terlalu banyak khayalan dan imaginasi
Yang hanya membawa kelalaian

Kali ni..... membuka l3mbaran baru
Nov3l yang lebih membina akal
Yang mampu memberi kekuatan jiwa
Bisa menjaga hati
Penguat diri..

*Sedang pasti AL-QURAN & HADITH teratas

Menjadi 'manisan' di kala senggang
Cuba mengutip untaian hikmah disebalik cerita
Mengambil manfaat yang terselindung dek mata kasar
Pastikan membaca dengan akal & hati
Bukan NAFSU

Masih menanti beberapa bacaan yang OUT OF STOCK

1) Surah-surah Rindu
2) Warkah Cinta Berbau Syurga
3) Musafir Cinta
4) Makrifah Cinta
5) Kala Cinta dan Wahyu Bersatu
6) Tasawuf Cinta
7) Titian Nabi
8) Syahadah Gadis Ateis
9) Syabab Musafir Kasih
10) Tautan Hati

Psstttttt.............saya sedang menghabeskan duwet ringgit.

14 June 2010

~~~~ LALUAN KEPADA IKLAN SEBENTAR.~~~~


SHAWL PASHMINA TALI GUNI
WONDERFULL RAINBOW

GET NOW!!!
ONLY RM15.00 per piece















SHAWL PASHMINA LEBAR
DIDATANGKAN DALAM CORAK PELANGI DAN ABSTRAK
SANGAT SESUAI UNTUK MEREKA YANG MEMAKAI TUDUNG BIDANG 60
BOLEH DIPAKAI UNTUK DIJADIKAN TUDUNG
JUGA BOLEH DIGAYAKAN SEBAGAI SKAF DENGAN DILILIT PADA LEHER
MALAH BOLEH DIJADIKAN PENEBAT HABA DALAM AIRCOND


RM18.00 sehelai
RM15.00 dengan pembelian 3 helai ke atas.
Dapatkan segera sebelum kehabisan stok.

SPL01

SPL02

SPL03

SPL04

SPL06

SPL07

SPL08

MARI MENGUNJUNGI BLOG SHOPPE SAYA di:

Barang Murah 4 U
Q-First Boutiqe





13 June 2010

Jangan c3mar kasih-sayang


Tika mata
Diuji manisnya senyuman
Terpamit rasa menyubur harapan

Dan seketika
Terlontar ke dunia khayalan
Hingga terlupa singkat perjalanan
Tersedar aku dari terlena
Dibuai lembut belaian cinta

Rela aku pendamkan
Impian yang tersimpan
Enggan ku keasyikan
Gusar keindahannya
Merampas rasa cinta
Pada Dia yang lebih sempuna

Bukan mudah
Bernafas dalam jiwa hamba
Dan ku cuba
Menghindarkan pesona maya
Kerna tak upaya ku hadapinya
Andai murka-Nya menghukum leka

Diatas nama cinta
Pada yang selayaknya
Kunafikan yang fana
Moga dalam hitungan
Setiap pengorbanan
Agar disuluh cahaya redha-Nya

Biar sendiri hingga hujung nyawa
Asal tak sepi dari kasih-Nya
Kerna sesungguhnya hakikat cinta
Hanya Dia yang Esa

Saratkan hati ini dengan cinta hakiki
Sehingga ku rasai
Nikmat-Nya
Syurga-Nya
Cinta-Nya


P.L.K.N dan diriku ~ macam ada sesuatu

Memang jenama tak reti dok diam kot
Tyme study pun leh keja
Dah tu cuti dok diam2 udah laa kat umah tu
Nie tak bukan nak berhibernasi bebetul

Kecoh benar nak keja
Blek jaa kampung terus melilau carik keja
Keja pape pun tak kisah janji halalan toyyibah
Maka bergelar kuli a.k.a buruh wanita
`

Kem PLKN White Resort
Jadi saksi aku kutip pengalaman hidup
Rasa jerih-perih keja 12 jam sehari dengan cuti 1x seminggu
Tanpa elaun, tanpa KWSP, tanpa SOCSO dll

Namun ini bukan penghalang untuk aku terus di sini
Aku cuba sedaya mampu
Mengharungi kepayahan rasa mencari rezeki
Belajar hidup susah sebelum senang
Yang pasti puas melingkari rasa

Aku bukan anak kecil yang hanya tahu meminta tanpa berusaha
Aku bukan lagi si gadis yang terus mengharap rezeki dari lelah ayah dan ibu
Aku mahu menjadi wanita berdiri di atas kaki sendiri
Berusaha dengan keringat basah sendiri
......ALHAMDULILLAH....



5 Mei hingga 11 Jun 2010, tempoh sebulan ku lalui
Cukup menduga kesabaran
Ragam manusia yang pelbagai ku tonton
Pengurus, pengurusan kem, kawan sekerja, jurulatih, cikgu dan pelatih semua ada laku sendiri
Bukan mudah....... tapi kulalui dengan sempurna
...GEMBIRA.....



Pasti akan ku rindui mereka semua
Walaupun sebentar.... mengenali kalian semua buat aku senang
Senang bergaul dengan semua kelompok manusia
Lapang menjadi manusia yang penuh kasih sayang
Aku sayang kalian semua.....
Sampai kita ketemu lagi.....



Mereka di bawah ini adalah sebahagian yang mewarnai hidup saya
Warnakan pelangi sepanjang keberadaan sebulan saya di situ
Buat saya tersenyum, marah dan juga ketawa...



........Hope tak terputus perhubungan kita....
Perkenalan singkat yang segar dalam ingatan
Anda tidak boleh mencipta pengalaman. Anda mesti menghadapinya

21 May 2010

Pengalaman yang mencabar untuk dilalui


Anda sukakan cabaran dan aktiviti lasak???
Jika 'YA' jangan lepaskan peluang untuk beraksi secara solo atau berkumpulan
Yang pastinya menjanjikan pengalaman menarik untuk dicipta.



SkyTrex Adventure merupakan yang pertama di Malaysia, menyediakan satu bentuk aktiviti luar berbentuk eco-rekreasi berasaskan pendidikan di mana para peserta akan melalui perjalanan dari pokok ke pokok melalui beberapa siri halangan dengan berada pada ketinggian 3 meter ke 22 meter di udara.Di sini anda boleh menguji ketangkasan, ketakutan dsb dengan berjalan, merangkak, menghayun dan meluncur di udara dalam keadaan yang selamat. Di samping itu anda dapat menikmati keajaiban Hutan Hujan Tropika Malaysia. Terdapat 3 pilihan pengembaraan yang menarik untuk dilakukan oleh anda dengan siri halangan yang berbeza mengikut tahap:



1)Little Adventure (RM30.00)
Litar kecil ini mengandungi 15 pengembaraan mencabar dengan peringkat kepayahan meliputi “mudah “ke “sukar“. Cabaran dinamakan sempena tingkah laku binatang-binatang seperti “Tupai Terbang“ (Flying Squirrel), “Rangkak Cicak“ (Crawling Lizard), “Jungkit Arnab“ (Hopping Rabbit) dan banyak lagi. Dan penamatnya adalah dengan Menamatkan kegiatan itu dengan “Selam Badak“ (Diving Hippo) yang memerlukan anda untuk merentasi sebuah tasik sebagai penyudahnya. Pelbagai cabaran dijamin bagi terus kanak-kanak, dan juga orang-orang dewasa yang kurang gemar mengembara atau sibuk tetapi ingin berhibur. Masa yang dianggarkan 0.5 jam untuk 1 halangan.



2) Big Thrill (RM40.00)
Litar ini mengandungi 23 cabaran menyeronokkan dengan tahap kesukaran pelbagai bermula dari cabaran “mudah“ kepada “amat sukar“. Dengan beberapa cabaran sehingga mencapai ketinggian 17 meter seperti merentasi "Crazy Zig-Zag", melayang di udara dengan "Sky-Crawl" pada Bermuda Triangle, melalui "Earthquake", "Happy Hopper" dan menamatkan dengan "Wild Revenge". Anggaran masa untuk menyelesaikan cabaran ini adalah 1.5 ke 2 jam.

3) Extreme Challenge (RM45.00)
Merupakan litar baru sebagai tambahan yang terkini untuk taman ini dengan 21 halangan yang sangat mencabar pada ketinggian yang mencapai sehingga 22 meter. Cabaran ekstrem ini terbuka kepada kelompok pertama pelanggannya pad 23hb Mei 2009! Anggaran masa untuk menyudahkan cabaran adalah kira-kira 2 ke 3 jam.


SkyTrex Adventure terletak di Taman Pertanian Malaysia, Shah Alam. Berikut adalah peta perjalanan.


Untuk mengetahui dengan lebih lanjut bolehlah melayari laman web berikut
http://www.skytrex-adventure.com

S@y@ s@y@ng f@m!ly s@y@

S@y@ s@y@ng f@m!ly s@y@