CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

AMARAN KERAS!!! BACA sebelum scroll ke bawah

Aku tak minta apatah memaksa sesiapa untuk membaca tulisan dan coretan di blog aku ini. Segala yang tertulis dan tercoret adalah dari aku kepada aku juga untuk aku. Kalian bebas untuk menafsirkan setiap tulisan dan coretan itu tapi ketahuilah bahawa hanya aku yang mengerti hakikat sebenar di balik semuanya. Jangan mengatakan yang bukan-bukan di belakangku kerana aku tidak akan memaafkan perkara-perkara yang kalian katakan apatah lagi kiranya ia tidak benar. Andai mahu ketahui kebenaran, ayuh bertanya sendiri pada pemilik blog ini iaitu AKU. Juga AMARAN keras, tidak perlulah kalian menyinggah di blog ini sekiranya hanya ingin mengambil tahu hal diriku, mengintip-ngintip perjalanan hidupku demi untuk melihat aku jatuh dan bertujuan menjatuhkan aku. Kerana aku tetap aku yang menjadi aku dan kekal sebagai aku. Segala sesuatu adalah dari DIA MAHA KUASA, aku redha. Jika ternyata blog ini tidak memberi apa-apa faedah pada kalian, baik kiranya kalian melarikan tetikus ke button X (cancel) di atas sebelah kanan dan tekan button tersebut. Dengan itu kalian akan terpisah dari dunia coretanku. Maka ingin aku ucapkan SELAMAT TINGGAL dan tak lupa TERIMA KASIH kerana sudi mengunjunginya walaupun seketika.

Followers

12 August 2010

MENCAPAI 'TARG3T'


Akue manusia biasa
Yang biasa-biasa sahaja
Tiada yang biasa dari biasa
Segalanya hanya biasa sekadar biasa

Namun

Akue mahu jadi hambaNYA
Yang tahu erti syukur
Yang faham rasa 'izzah
Yang mengerti takrif bertuah

Ramadhan kunjung tiba lagi

Dan aku???
Menjejaki usia tua ke angka 24 tahun
Erti hidupnya sudah melalui 24 kali Ramadhan
Apa yang telah kuperlakukan sepanjang bulan ke'barakah'an ini
Aku bimbang berada dalam kalangan mereka yang rugi serugi-ruginya

Maka tidak lagi dipersiakan rahmat yang ada
Mungkin nanti ini Ramadhan terakhir buat akue
Akue harus segera pantas mengejar 28 baki syafaat

Aku ingin mencapai 'Target'

.
.
.
.
.
.


1) Khatam 30 juz al-Quran ~alhamdulillah melangkah ke Juz 4~
2) Tadabbur al-Quran ~fahami dan hayati sepenuhnya~
3) Solat Terawih samada berjemaah/sendiri
4) Not to skip sahur ~wajib~
5) Berbelanja mengikut keperluan.... not to bazir-bazir
6) Imbuhan untuk turunkan kilo + dapatkan BMI ideal



.
.
.
.
.
.

Yang terutama MENCAPAI LIMPAH RAHMAT DAN INAYAHNYA
Di sempena Ramadhan yang mulia ini.
Moga segala dosa besar dan kecilku diampunkanNYA
Kerna aku hanya insan biasa yang lemah lagi kerdil
Yang banyak khilaf dalam perbuatan, percakapan, gerak rasa dll.

Aku hambaMU YA ALLAH
Hanya padaMU ku memohon dan merayu
Segalanya ku sandarkan padaMU
Ampuni segala dosa-dosaku
KAU terimalah taubat hambuMU yang dhoif ini.
Ameen Ya Rabb al-Ameen.

11 August 2010

..Dah letih pasai JODOH nie..


Renungkanlah sedalam-dalamnya. Hanya ALLAH yang Maha Berkuasa ke atas sesuatu..

"Jangan terlalu memandang bintang di langit hingga kita terlupa rumput dibumi."

Tidak,
Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannya jauhlah perjalanan kita. Ada org jodohnya cepat sebab jambatannya singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa2 kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda itu dalam doa2 lewat sembahyang. Allah mendengar.

Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr Right dan biar seorang diri drpd menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti.

Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar2 mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga dtg bersama masalah.

Kita selalu melihat org memandu kereta mewah dan terdetiklah di hati kita, bahagianya org itu. Hakikatnya apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah kita ditimpa pelbagai kerenah. Tidak mustahil pula org yang memandu kereta mewah(walaupun sebenarnya tak mewah) terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan. Orang lain membeli dengan harga biasa, dia terpaksa membayar berlipat ganda.

Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh di hadapan. Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang sebuah motosikal seperti itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang motosikal mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta di tgh2 bandar raya.

Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar2 membahagiakan. Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda, pasti ada baik buruknya.

Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama, sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan shahwat di samping membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia juga buruk sebab ramai org yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.

Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alam berumahtangga. Bukankah dengan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turutbanyak? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka?

Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing2 padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata?

Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah, belajarlah dulu. Jika rasa2 belum bersedia untuk bersabar dgn kerenah anak2, carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.

Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar2 mengerti tuntutan2nya. Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus2 bagi yang menjadikannya gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan - bagi yang mengetahui rahsia2nya.

Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong2nya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang. "

Seorang teman pernah berpesan..

"Kadang2 Allah sembunyikan matahari.. Dia datangkan petir dan kilat.. kita menangis dan tertanya-tanya,
kemana hilangnya sinar.. Rupa2nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi.." "

`Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi adanya imbas kembali. Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi. Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada. Parut yang lama pastikan sembuh selagi iman terselit didada...`

10 August 2010

Jadual Harian Muslim Di Bulan Ramadan


Selamat Menunaikan Ibadah Puasa daripada saya..
Semoga Ramadhan ini adalah seolah-olah Ramadhan yang terakhir buat kita..
Semoga Ramadhan ini adalah titik mula perubahan kehidupan kita daripada
jahil ke ‘alim,
Daripada dosa ke pahala..
Daripada neraka ke syurga!
InsyaAllah..


4.00 pagi Bangun
Berdoa kepada ALLAH dengan doa :
Segala puji bagi ALLAH yang telah menghidupkan aku setelah DIA mematikan
aku dan kepadaNYAlah aku akan dikembalikan. Berniatlah untuk melaksanakan
sebanyak-banyak kebaikan hari itu. Mandi dan membersihkan diri.
Mengambil wudhu dan memakai pakaian yang suci untuk beribadah, berwangi-wangian.

4.20 pagi Solat Sunat Taubat
Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat taubat 2 rakaat kerana ALLAH Taala.
Rakaat pertama selepas Al-Fatihah baca surah Al-Kafirun, rakaat kedua
selepas Al-Fatihah baca surah Al-Ikhlas. Selepas sembahyang, angkatlah
tangan memohon ampun kepada ALLAH. Menangislah menyesali dosa-dosa.

Solat Sunat Tahajjud
Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat tahajjud 2 rakaat kerana ALLAH
Taala. Rakaat pertama selepas Al-Fatihah baca surah Al-Kafirun, rakaat
kedua selepas Al-Fatihah baca surah Al-Ikhlas. Selepas sembahyang,
angkatlah tangan berdoa kepada ALLAH.

Solat Sunat Hajat
Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat hajat 2 rakaat kerana ALLAH Taala.
Selepas Al-Fatihah rakaat pertama baca ayatul Kursi 1 kali.
Selepas Al-Fatihah rakaat kedua baca surah Al-Ikhlas 11 kali. Ketika sujud
terakhir baca 11 kali dan sertakan di dalam hati segala hajat-hajat kita.

Solat Sunat Witir
Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat witir 2 rakaat kerana ALLAH Taala.
Selepas salam, bangun lagi dan sembahyang witir 1 rakaat.
Perbanyakkan berdoa kepada ALLAH dengan penuh rasa kehambaan, rendah diri,
meminta-minta, merintih-rintih, agar ALLAH ampunkan dosa-dosa kita,
taubat kita, terima amalan kita, memperkenankan doa dan permintaan kita.

5.00 pagi Makan Sahur
Menggosok gigi dan membersihkan sisa-sisa makanan di mulut.

5.28 pagi Bersiap menunggu waktu Subuh dengan membaca Al-Quran atau berselawat.
Sembahyang sunat Subuh, sembahyang Subuh berjemaah.
Selesaikan wirid harian di tikar sembahyang atau baca Al-Quran hingga terbit matahari.

7.00 pagi Membuat persiapan ke tempat kerja.
Melangkah ke tempat kerja dengan membaca Bismillah dan doa kepada ALLAH
agar semua aktiviti kita diberkatiNYA. Sentiasa berselawat kepada Rasulullah SAW sama ada menyebutnya atau di hati.
Banyakkan istigfar/meminta ampun. Melaksanakan kerja dengan bersemangat dan penuh
bertanggungjawab. Datangkan rasa bahawa ALLAH sentiasa memerhati kerja-kerja yang di lakukan dan yakinlah DIA akan membalas segala kebaikan yang kita buat.


10.00 pagi Sembahyang Sunat Dhuha
Ia adalah sumber rezki yg berkat kalau istiqamah diamalkan.

Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat dhuha 2 rakaat kerana ALLAH Taala.
Penuhi masa rehat tengahari dengan menambah ilmu atau membaca Al-Quran.
Elakkan sungguh-sungguh dari melakukan dosa walaupun kecil dan perkara yg sia-sia.

Contoh dosa-dosa : mengumpat mengutuk, menyindir yang menyakitkan orang,
bergaul bebas tanpa menjaga syariat seperti berbual dengan bukan muhrim
mengenai perkara yang tiada sangkut paut dgn kerja.


12.45 tgh Bersiap untuk solat Zohor.
Menunggu waktu bersembahyang dengan berselawat. Solat Zohor berjemaah.
Laksanakan juga solat sunat Rawatib Bersujud. Syukur setelah selesai
sembahyang sunat dan wirid sebagai berterima kasih kepada ALLAH yg
memberi kita nikmat besar dapat menyembahNYA.


4.15 ptg Bersedia untuk solat Asar.

Solat Asar berjemaah. Laksanakan juga solat sunat Qabliyah. Bersujud
syukurlah setelah selesai sembahyang sunat dan wirid sebagai berterima
kasih kepada ALLAH yg memberi kita nikmat besar dapat menyembahNYA.


5.30 ptg Persediaan Malam

Membeli barang-barang keperluan berbuka dan sahur
Tanpa berlebih-lebih. Ingatlah walaupun syaitan dirantai tetapi nafsu
masih ada dlm diri kita !!!


6.30 ptg Memperbanyakkan doa sebelum berbuka.
Kerana di waktu itu adalah masa yang mustajab doa. Ingatlah sabda
Rasulullah SAW : "Ramai orang yang berpuasa, yang mereka dapat hanya
lapar dan dahaga", merintihlah kepada ALLAH memohon agar amalan kita diterima.


Apabila masuk waktu magrib.
Bacalah doa dan berbuka :
Wahai Tuhan, kerana Engkaulah aku berpuasa, kepada Engkaulah aku beriman
dan dengan rezki engkaulah aku berbuka. Berbuka puasa dengan makanan
manis seperti buah kurma dan meminum air, terus menunaikan solat maghrib
berjemaah, setelah itu barulah makan makanan berat.


8.00 mlm Solat Isya' berjemaah dan diteruskan dengan solat Terawih.
Cuba pertahankan solat terawih walau bagaimana keadaan sekalipun kerana
fadhilatnya amat besar. Bacalah Al-Quran dengan penuh tawadhuk, seeloknya
baca dengan bertadarus ( berkumpulan bergilir-gilir, seorang baca, yang
lain menyemaknya), cuba khatamkan membaca Al-Quran paling kurang satu
kali sepanjang ramadhan. Kebanyakan imam-imam besar mengkhatamnya dua kali
dalam sehari (60 kali sebulan Ramadhan)


11.00 mlm Memperbanyakkan istigfar sebelum tidur.
Berniatlah utk puasa esok hari dgn berniat : Sahaja aku berpuasa hari
esok untuk menunaikan puasa ramadhan yg wajib ke atasku , tahun ini kerana
ALLAH Taala. ( JANGAN LUPA!!!)


Tidur awal agar dapat bangun utk beribadah.
Bacalah doa sebelum tidur :
Dengan namaMU Ya ALLAH! Aku hidup dan mati. Ingatlah tidur adalah mati
yg sementara, kemungkinan kita dipanggil ALLAH ketika tidur


09 August 2010

Ramadhan ke 24 buat diriku




“Waktu terkadang lambat bagi mereka yang menunggu, terlalu cepat bagi mereka yang takut, terlalu panjang bagi mereka yang gundah dan terlalu pendek bagi meraka yang bahagia….Tetapi bagi yang mengisi waktu sebaik mungkin, waktu merupakan kunci kehidupan yang sebenarnya."




Salam Ramadhan buat seluruh UMAT ISLAM di muka bumi ALLAH S.W.T ini.
Bersama kita muhasabah diri, perbanyakkan amal ma'ruf dan jauhkan dari segala bentuk maksiat. Ameen..


05 August 2010

MUSLIMAH BERTUDUNG LABUH + BER'KASUT TUMIT TINGGI'


“Kamu pasti dia adalah jodoh kamu Ikhwan?”Tanya En.Aizat kepada anaknya dengan tegas.

“Ya ayah,saya pasti.Dia bukan sahaja bertudung labuh,malah seorang naqibah ayah,”Ujar Ikhwan.

“Bagus,ayah suka menantu ayah seorang yang alimah.Boleh dia jaga kamu,”kata En.Aizat sambil melihat gambar gadis pilihan hati Ikhwan.

“Eh,bukankah ini highheels….”En.Aizat mengambil kaca matanya dan menilik gambar tadi.”Pelik,budak ini bertudung labuh tetapi memakai kasut tumit tinggi…”bisik En.Aizat seorang diri.

“Dalam Islam tak salah yah,”jawab Ikhwan setelah mendengar rungutan ayahnya.

Betul ke kate Ikhwan,pompuan bley pakai highheel?Pelik benar pilihannya, betudung labuh tapi highheel.Kelihatan seolah-olah,pilihan hati Ikhwan itu walaupun seorang alimah namun masih ingin kelihatan cantik.Betul ke bende ni dengan Islam?Selari ke setentang dengan Syarak ni?


************************************************

Bertudung labuh tetapi masih ingin kelihatan cantik-Persoalan yang kerap datang di dalam diri seorang alimah atau naqibah dan kompomnya soalan ini tidak timbul bagi seorang naqib.(^^)Di dalam Islam,ulama’ mendefinisikan perkara ini sebagai TABARRUJ.Mengikut Fathul Bayan,Tabarruj boleh didefinisikan sebagai seorang wanita yang menampakkan perhiasan dan kecantikannya serta terlihat bahagian-bahagian yang wajib ditutup untuk memancing lelaki.Berkata pula Al-Bukhari bahawa tabarruj itu apabila seorang perempuan memperlihatkan kecantikan rupa parasnya.Firman Allah di dalam surah Al-Ahzab ayat 33:

Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu men

dedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang Jahiliah zaman dahulu dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya

Tabarruj ni bukan benda main-main,sebab dosanya sangat besar.Rasulullah bersabda,”wanita yg berpakaian tapi telanjang, yg melenggang-lenggok dan memiringkan kepala spt bonggol unta, di mana mereka tidak akan masuk syurga bahkan tidak bisa mencium baunya…”(Muslim dan disahkan oleh Al-Bani)Malah imam Sayuti ada meriwayatkan satu hadis daripada Abdil Baar, “mereka itu berpakaian tapi telanjang, mereka tidak akan masuk syurga dan juga tidak akan mencium bau syurga.”Lihat,dosa tabarruj cukup besar sehinggakan perempuan yang melakukannya bukan sahaja masuk syurga tapi bau syurga pun tak.Sesungguhnya bau syurga itu dapat dibau 5000tahun perjalanan.Jangan pandang ringkas 5000tahun perjalanan,hadis tu hadis umum bermakna ada kemungkinan 5000tahun perjalanan jet atau lagi jauh,5000tahun perjalanan cahaya.

So,adakah takley pakai baju kurung yang ade bunge-bunge,corak-corak,takley ke pakai highheels,takley ke pakai itu,ini?

Sesungguhnya,walaupun hukum tabarruj itu jatuh apabila pakaian itu adalah pakaian syuhrah.Ape pulak pakaian syuhrah ni?Mengikut Al-Bani,pakaian syuhrah ini bermaksud pakaian yang dipakai semata-mata untuk mendapat perhatian atau pujian,tidak kisah lah daripada golongan adam ataupun golongan hawa.Ulama’ secara ijmaknya menyatakan untuk menilai perempuan itu sedang bertabarruj atau tidak bukanlah boleh dibuat sesuka hati kerana ulama’ sudah menyatakan tabarruj itu bersesuaian dengan keadaan@uruf@adab@budaya sesuatu tempat.Sebagai contoh, di Makkah pakaian yang bewarna selaian hitam sudah dikira sebagai tabarruj tetapi tidak di Sudan kerana sudah menjadi kebiasaan wanita-wanita Sudan memakai pakaian yang bewarna sehingga lelaki menjadi biasa

melihatnya. Jadi,pemakaian baju kurung yang berbunga-bunga,bercorak-corak di Malaysia adalah dibenarkan kerana sudah menjadi budaya muslimah di Malaysia memakai baju kurung yang sedemikian.Namun,kalau corak itu melampau hal itu dikira tabarruj,ye la,kalau dah pakai corak yang bersinar-sinar,letak manik besar-besar,tak dikira mnarik perhatian?

Islam itu adalah agama fitrah,jadi Islam memahami sifat wanita yang ingin sentiasa kelihatan cantik.Malah nabi ada bersabda, “Allah itu cantik dan sukakan kecantikan,” dan nabi juga ada bersabda, “dunia itu adalah perhiasan dan seindah-indah hiasan adalah wanita solehah.”Jadi tidak salah untuk seseorang itu ingin kelihatan cantik tetapi wajiblah ke atasnya memenuhi tuntuan syarak.Tuntutan yang bagaimana?

Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya;[An-Noor:31]


Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu dan pakaian perhiasan dan pakaian yang berupa takwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmatNya kepada hamba-hambaNya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur).[Al-A'raf:26]


Diriwayatkan oleh Al-Hakim bahawa nabi bersabda, “malu dan iman itu berkaitan, manakala salah satunya hilang, maka hilanglah pulak yg lagi satu.” Pakailah apa-apa pakaian yang cik adik ske tapi pastikan ia menutup aurat dan tidak menarik perhatian cik-cik buaya di luar sana.Bab perhiasan pula? Daripada dalil di atas,Surah An-Noor ayat 31, “…memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya..”,ulama’ mentafsirkan bahawa apa-apa perhiasan boleh dipakai dan ditunjuk,asalkan ia zahir( tidak perlu diselak-selak) seperti gelang tangan dan

cincin.Tidak kisah,kalau satu tempat itu menjadikan kopiah sebagai hiasan bagi wanita,terpulang kepada wanita itu untuk memakainya atau tidak asalkan perhiasan itu menutup aurat,tidak menunjuk dan tidak meniru perbuatan agama lain.Dalam ayat yang sama,Allah telah tekankan bahawa, “janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.”Maksudnya,bukanlah haram memakai gelang kaki berloceng tetapi haram untuk seorang itu menunjuk-nunjukkan perhiasannya yang tersembunyi.Bab gelang kaki berloceng lak,ada ulama yang benarkan disebabkan ayat tadi menekankan perkataan ‘menghentakkan kaki’,jika pakai gelang kaki tapi wat macam biasa je,ok je.Namun,ada juga ulama yang tidak membenarkannya.

Pakai kosmetik pulak macamana?Boleh,wanita boleh memakai kosmetik yang halal untuk menjaga kencantikan paras wajahnya tetapi niat mestilah betul. Niat untuk menjaga kecantikannya demi suami@bakal suami boleh tapi kalau niat untuk dapat pujian atau supaya menjadi kegilaan ramai,tu haram. Istilah yang paling sesuai dengannya , ‘SELL SEX’.Rasulullah ada bersabda tentang 6 kewajipan seorang isteri,tapi ana lupa bunyi hadisnya cuma yang ana ingat, wanita wajib menjaga rupa paras dan tubuh badannya untuk suami.Tengok, Rasulullah mewajibkan wanita menjaga rupa parasnya untuk suami,tapi kalo tengok makcik-makcik skang,fail…sebelum kahwin,sume kosmetik dipakainya tapi selepas kahwin,muka bedak putih berbaju kelawar..fail…hahahhaha

Syeikh Al-Bani berkata, “Islam telah bersikap keras dalam memperingatkan ummatnya dari perbuatan tabarruj ini hingga menggandingkannya dengan kesyirikan, zina, mencuri dan perbuatan haram lainnya. Itu terjadi ketika Nabi membai`at para wanita agar mereka tidak melakukan hal-hal itu. Abdullah bin `Amr radhiyallahu`anhu berkata: Umaimah binti Ruqaiqah datang kepada Rasulullah untuk berbai`at kepada baginda, maka baginda berkata:

“Saya akan membai’atmu untuk engkau tidak menyekutukan Allah dengan sesuatu apa pun, jangan engkau mencuri, berzina, membunuh anakmu, melakukan kebohongan yang engkau buat antara hadapanmu dan antara dua kakimu, jangan meratap dan jangan bertabarrujnya jahiliyyah dahulu.”

Jika ada yang katakan kepada anda bahawa pakai pakaian bewarna ini tabarruj,jawabla bahawa isteri-isteri nabi juga memakai pakaian yang bewarna.Ramai sahabat melihat pakaian isteri-isteri nabi dicelup ushfur(merah muda).Malah suatu ketika Rasulullah ada menerima hadiah berupa kain yang bewarna merah.Maka Rasulullah bertanya kepada para sahabat, “kepada siapa harus ku pakaikan kain ini.”Lalu Rasulullah memanggil Ummi Khalid dan memakaikan kain itu kepadanya.Walaupun ketika itu Ummi Khalid masih kecil tapi sudah menjadi perangai Rasulullah tidak mengajar sesuatu yang haram kepada orang lain walaupun dia masih kecil.Melalui tindakan Rasulullah ini,dapatlah kita simpulkan bahawa wanita dibenarkan memakai pakaian bewarna tetapi pakaian itu haruslah tidak menarik perhatian lelaki.

So,macamana pilihan Ikhwan tadi,ok tak?Tepuk dada tanyalah iman kerana anda yang tentukan.Kayu ukurnya cukup jelas,jika anda melakukan sesuatu itu untuk menarik perhatian lelaki,maka anda sudah bertabarruj dan anda adalah calon ahli neraka!Begitu juga kalau pakaian itu sudah jelas kalau anda memakainya ia dapat menarik perhatian lelaki,itu juga tabarruj.Ingatlah hadis tadi, “Iman dan Malu itu adalah berpasangan,hilang salah satunya maka hilang lah yang satu lagi.” Pakailah apa-apa yang anda suka asalkan ia mematuhi hukum syarak dan ingatlah,wanita yang bertabarruj,FINNAR!!

Wallahua’lam.

* rujukan azzariyat.com


Dan aku sendiri....... masih mahu kelihatan cantik. Bukan mahu menambat hati mana-mana lelaki tapi kepuasan diri, rasa yakin diri, rasa kemas etc. Aku yakini aku masih tidak melanggar batas-batas agama, aku tahu syariat, insyaallah aku turuti. Aku belum sempurna... masih mencuba untuk menjadi solehah. Ampuni dosa aku YA ALLAH, SEMOGA AKU MENJADI HAMBAMU YANG SENTIASA DALAM PELIHARAAN LIMPAH RAHMATMU.

02 August 2010

Buat SI DIA yang aku nanti



Tolong sampaikan pada si dia, aku ada pesanan buatnya..
Tolong beritahu si dia, cinta agung adalah cintaNya..
Tolong beritahu si dia, cinta manusia hanya akan membuatnya alpa..


Tolong nasihati si dia, jgn menyintaiku lbh dr dia menyintai Allah Hu Ya Waduud( Maha Menyinta-Mengasihi)
Tolong nasihati si dia, jgn mengingatiku lbh dr dia mengingati Allah Hu Ya Latiff (Maha Lembut)
Tolong nasihati si dia, jgn mendoakanku lbh dr dia mendoakan ibu bapanya..

Tolong katakan pada si dia, dahulukan Allah krn di situ ada syurgaNya..
Tolong katakan pada si dia, dahulukan ibu bapanya krn di telapak kakinya ada syurgaNya..

Tolong ingatkan si dia, aku terpikat kerana imannya bukan rupa..
Tolong ingatkan si dia, aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta..
Tolong ingatkan si dia, aku mengasihinya karena akhaqnya..

Tolong tegur si dia, bila dia mulai mengagungkan cinta manusia..
Tolong tegur si dia, bila dia tenggelam dalam angan-angannya..
Tolong tegur si dia, andai nafsu membuai fikirannya..

Tolong sedarkan si dia, aku milik Allah Hu Ya Khaliq ( Maha Mencipta)
Tolong sedarkan si dia, aku masih milik keluarga..
Tolong sedarkan si dia,tanggung jawabnya besar kepada keluarganya..

Tolong sabarkan si dia, usah ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana..
Tolong sabarkan si dia, andai diri ini enggan didekati karena menjaga batasan cinta..
Tolong sabarkan si dia, bila jarak memisahkan hingga mejadi penyebab tumbuhnya kerinduannya..

Tolong pesankan padanya, aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya..
Tolong pesankan padanya, aku tak mahu menjadi penyebab kegagalannya..
Tolong pesankan padanya, hanya doa yang mampu kupanjatkan biarkan Allah Hu Ya Muhaimin (Maha Memelihara) menjaga dirinya..

Tolong khabarkan pada si dia, aku tidak mahu mengecewakan dia..
Tolong khabarkan pada si dia, aku mahu dia berhasil dalam impian dan cita-citanya..
Tolong khabarkan pada si dia, jadilah pendorong semangatku dalam berikhtiar dan berusaha..

Tolong sampaikan pada si dia, aku mendambakan cinta suci yang terjaga..
Tolong sampaikan pada si dia, cinta kerana Allah tidak ternilai harganya..
Tolong sampaikan pada si dia, hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Allah Hu Ya Karim (Maha Mulia)..
Tolong sampaikan kepada si dia kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri...

Hanya engkau Ya Allah mengetahui siapa si dia..
Semoga pesananku sampai padanya walau aku sendiri tidak mengetahui siapa dan dimana si dia..
Semoga dia ibarat seekor lebah yang sentiasa memuji keagunganMu Ya Allah Hu Ya Kabir(Maha Besar)



S@y@ s@y@ng f@m!ly s@y@

S@y@ s@y@ng f@m!ly s@y@